Panduan Penggunaan Aplikasi TML Remit
Panduan lengkap untuk menggunakan aplikasi TML Remit - dari pendaftaran hingga kiriman wang antarabangsa.
Proses Pendaftaran
Buka aplikasi dan masukkan alamat emel atau nombor telefon yang berdaftar di Malaysia.

Masukkan kata laluan. Bagi pengguna baru, tekan Create Account, kemudian pilih New Member atau Existing Member.

Masukkan nombor telefon (tanpa "0" di permulaan). Tekan butang Next.

Anda akan menerima Verification Code. Masukkan kod tersebut pada ruangan yang tersedia.

Lengkapkan maklumat peribadi: nama penuh, jenis ID, nombor ID, nama syarikat, nombor telefon, dan kata laluan. Tekan butang Register.


Pengesahan KYC
Tekan butang Tap here. Paparan KYC Verification akan muncul - tekan Get Started.


Lengkapkan butiran peribadi: warganegara, jantina, tarikh lahir, jenis pekerjaan. Tekan Next.

Isikan alamat: poskod, negeri, bandar, nama jalan. Tekan Next.

Pilih salah satu dokumen pengenalan diri. Lengkapkan segala butiran maklumat yang diperlukan.

Muat naik gambar dokumen (depan dan belakang). Ambil swafoto bahagian hadapan wajah.



Setelah selesai, sila hubungi cawangan TML terdekat untuk pengesahan KYC.
Paparan Pemuka
Dashboard menunjukkan nama akaun, 2 butang utama: Send Money dan Check Rate.

Bahagian bawah terdapat Exchange Rate semasa, senarai penerima (Receiver), butang Send, sejarah (History), dan Setting.

Proses Kiriman Wang
Pilih negara penerima (Receiving Country). Pilih kaedah kiriman: Account Deposit atau Cash Payment. Masukkan jumlah amaun.

Semak nilai tukaran semasa dan jumlah keseluruhan yang akan diterima. Tekan Next.

Pilih penerima (Beneficiary) dari senarai atau tekan Add New untuk penerima baru.

Pilih Purpose of Transfer dan Source of Fund. Pilih kaedah pembayaran: Pay at Counter atau FPX Payment. Tekan Next.

Pilih bank untuk pembayaran FPX. Masukkan emel penghantar. Tekan Proceed.

Resit dan notifikasi rasmi akan diterima sekiranya pembayaran berjaya.

Tambah Penerima Baharu
Pilih Individual sebagai Receiver Type. Pilih negara destinasi dan kaedah penerimaan.

Pilih Relationship (hubungan antara penghantar dan penerima).

Pilih bank penerima. Masukkan kod cawangan dan nombor akaun bank. Tekan Save Changes.

Fungsi Tambahan
Transaction History - Lihat rekod semua transaksi: berjaya, dalam proses (Pending), dan dibatalkan (Cancelled).

Settings - Kemaskini maklumat peribadi dan urus fungsi aplikasi: notifikasi, bahasa, KYC Status, Help Center, dan Set Biometric.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi cawangan TML Remittance Center yang berhampiran.
© 2026 TML Remittance Center Sdn. Bhd. · www.i-tml.com · www.i-tml.net
TML Remittance Center Sdn. Bhd. MSB Licence Number 00455.
Perniagaan Perkhidmatan Wang Berlesen / Licensed Money Services Business
Perniagaan Pengirim Wang / Money Transfer Business
Reference & Verification : www.bnm.gov.my